Buang Virus Shortcut Tanpa Software



Assalamualaikum...

Mungkin ramai yang pernah dijangkiti Virus Shortcut di dalam Pendrive atau di dalam komputer sendiri...
Virus Shortcut ni kemungkinan besar datang dari Internet atau daripada pendrive kawan kita sendiri tanpa disedaei..
 Virus Shortcut bekerja untuk sorok fail-fail penting dan jadikan sebagai Shortcut yang menyebabkan fail-fail penting tersebut rosak dan tak boleh dibuka...


Tapi permasalahannya adalah apabila kita tak tahu dalam bab ni, kita terus format pendrive yang berkemungkinan mempunyai fail-fail kerja atau peribadi dalam pendrive kita..


Tapi kita  mesti ingat bahawa Virus Shortcut ini adalah hasil buatan manusia, semua perbuatan manusia pasti ada kelemahannya...  Kita mesti ingat Virus Shortcut ini hanya sorokkan fail-fail kita sahaja dan boleh dikembalikan..

Banyak cara untuk hapuskan Virus Shortcut ni.. Tapi admin nak ajar cara manual untuk Buang Virus Shortcut Tanpa Software..

Singgah Juga : Hack Masa Di Cyber Cafe


Cara-Caranya ialah:

1. Buka Commad Prompt di search box (Boleh rujuk disini)

2. Tulis format pendrive tersebut di CMD.. Cth:-   H: atau G: atau F: (tekan enter)

3. Kemudian, taip di CMD seperti ini :    attrib -r -a -s -h * /s /d   (tekan enter)

4. Kemudian pergi ke pendrive korang dan delete fail shortcut tersebut

5. Fail yang hilang telah dikembalikan


kalau tak berapa faham tulis di CMD seperti di bawah:-

F: (enter)
attrib -r -a -s -h * /s /d   (enter)


Tapi, inilah realiti yang kebanyakan orang tidak menyedari kehadiran virus ini. Ini contoh VIRUS yang terdapat di dalam pendrive ini. Ada juga VIRUS lain yang mungkin ada di pendrive korang. Jika anda perasan, ada fail lain dalam pendrive anda yang anda ragu-ragu kehadirannya, jangan panik..cuma ikut sahaja arahan di bawah..

 Buka semula command prompt anda tadi dan taipkan [dir]  Perhatikan fail yang terdapat di dalam pendrive anda ini.

Kemudian, cuma masukkan arahan [Delete] atau buang untuk membuang fail VIRUS ini dengan menulis seperti ini : 

del [Nama Fail] /f

Cara menulis : del [jarak] autorun.inf [jarak] /f 

Contoh dalam pendrive ini admin buang fail [autorun.inf]


P/S: Sila komen kalau ada sebarang masalah...


Buang Virus Shortcut Tanpa Software Buang Virus Shortcut Tanpa Software Reviewed by Amin Azroi on 12:03 AM Rating: 5

3 comments:

  1. hemm.. bekerja sekali.... saya sudah pakai selama ini kawan.. :D
    Nak belajar SEO? Belajar disini [www.caraseoblogger.com]

    ReplyDelete
  2. Bro boleh bg list file2 yg mencurigakan dlam laptop?sye xtahu file yg ada virus..jasa baik br0 akn ada ganjaran insha allah,

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum bro..sya fanatik tentang hack2 ny..sya cuba belajar untk hack sesuatu hanya kat internet jer:(, tp msh bnyk sya perlu belajar..impian sya untk jd hacker mcm bro..amat3 memerlu tnjuk ajar dari br0..minat yg amat mendalam..jika sudi, tl0ng pm sya..013-9939326..trima kaseh

    ReplyDelete

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.