WhatsApp bagi Free tempoh penggunaan Sepanjang Hayat !!

Whatsapp Lifetime



Assalamualaikum...

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa tajuk di atas adalah benar dan bukannya rekaan semata-mata.
Siapa yang tak kenal Whatsapp ?? Memang mustahil ataupun jarang berlaku jika zaman sekarang ni masih ada golongan pemuda pemudi yang tak kenal dengan Aplikasi Media Sosial Whatsapp ni.
Budak-budak sekolah rendah pun dah pandai main Gajet canggih zaman ini. Malah mereka ada lebih daripada Aplikasi Whatsapp ni.
Dunia zaman sekarang ni memang dah berubah......

Malas nak buang masa lagi, cuma nak terangkan sikit mengenai Aplikasi Whatsapp ni.
Yang Admin suka mengenai Whatsapp ni sebab kita kena register dengan nombor Phone kita.
Apa yang seronok sangat ?? Bila kita daftar melalui nombor Phone, kita boleh kembalikan balik profil dan fail yang disimpan sekiranya Phone kita hilang ataupun rosak.
Whatsapp ni hanya bagi satu Phone, satu akaun je yang boleh kita guna. Jadi, kalau Phone kita rosak kita boleh kembalikan fail asal kita jika kita Login balik dekat Phone lain.
Tapi ingat, kita kena Backup Data Whatsapp kita terlebih dahulu sebelum Login ke Phone Lain. Untuk keselamatan, lebih baik kita Backup awal-awal Whatsapp kita sebelum Phone kita rosak.

Kalau Phone kena curi macam mana ?? Jangan risau, kita kan dah backup data Whatsapp kita tadi. Jadi, kita cuma perlu Renew balik Kad Sim yang hilang tu dekat centre yang tedekat. Harga Renew balik Kad Sim dalam lingkungan RM10-RM15 je.
Bila kita Login ke Phone baru kita guna Kad Sim yang dah Renew tadi, secara automatik Whatsapp dalam Phone yang kena curi tadi dah tak boleh buka.
Sebab itulah Whatsapp ni buat satu Phone, Satu akaun. Jadi, selamatlah Whatsapp kita dari dicerobohi dan dianiayai oleh Si Pencuri.

Kelebihan lain Whatsapp ni adalah ia selalu update yang terbaru dari semasa ke semasa. Kenapa ?? sebab Pihak Whatsapp tak nak Aplikasinya diabaikan pengguna.
Antara format yang selalu diUpdate ialah Emojii ataupun Gambar kecil. Kalau kita perasan dulu tak banyak sangat Emoji yang boleh pilih, tapi sekarang terlalu banyak sehingga dibahagikan dalam beberapa kategori seperti Kenderaan, Haiwan, Bendera, dll.
Malah sekarang ni pilihan warna untuk Emoji pun boleh kita buat dengan tekan lama pada Emoji pilihan, dan warna pilihan akan keluar.
Dan yang paling admin suka sekali adalah Whatsapp pada asalnya tak boleh buat Call free guna data Internet. Tapi sekarang Kelebihan Free Call ni diperkenalkan. Cuma Internet kita kena laju la untuk buat Call ni sebab ia makan banyak data untuk buat panggilan.

Yang paling pengguna dulu-dulu tak suka pasal Whatsapp ni sebab ia hanya bagi tempoh janka hayat selama 1 tahun je, Pengguna lama ni risau la sebab lepas setahun mereka kena bayar untuk tambah jangka hayat.
Disebabkan Whatsapp bagi tempoh 1 tahun penggunaan, ramai pengguna tegar Whatsapp ni berpindah ke Aplikasi media sosial yang lain seperti WeChat, KaKao Talk, WowApp, dan sebagainya..
Jadi pada awal tahun 2015, Pihak Whatsapp memberikan tempoh jangka hayat percuma untuk seumur hidup kerana ingin menarik balik perhatian pengguna-pengguna Android dan Apple untuk kembali ke pangkuan Whatsapp..

Whatsapp Free Lifetime



Bukan itu saja, kita juga boleh gunakan Whatsapp ni dekat Komputer atau Laptop di rumah kita. Ini memudahkan kita untuk sentiasa berhubung dengan keluarga & kawan-kawan kita dengan menggunakan Aplikasi whatsapp ni.

Itu sahaja daripada Admin... Terima Kasih kerana sudi membaca !!


WhatsApp bagi Free tempoh penggunaan Sepanjang Hayat !! WhatsApp bagi Free tempoh penggunaan Sepanjang Hayat !! Reviewed by Trick DRNet on 3/18/2016 06:15:00 AM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.