Cara Tukar Video ke mp3 File (Format Factory)


Teruskan membaca kalau anda suka dengar lagu mp3 !!



Assalamualaikum...


Semestinya siapa yang baca post ni confirm minat sangat dengar lagu mp3 ni..
Selalunya kita dengar lagu-lagu ni time kita dalam kereta, tengah study ataupun time nak tidur...

Dalam pendrive kita ni ataupun dalam Smartphone kita terlalu banyak Musik Video yang kita download dari Youtube... Anda nak tukarkan Musik Video ni ke mp3
Jika anda nak mudah, tak perlu nak download mp3 dah sebab kita boleh tukar format video tadi ke mp3 secara offline dan mudah.

Saya selalu guna software Format Factory untuk tukar format video ke mp3 file..
Bukan sahaja mudah digunakan, malah proses tukar format ni sangat pantas dan simple.

Format Factory ni juga boleh tukar pelbagai jenis format seperti Gambar, Video, Mp3 dan sebagainya..
Dari sudut pandangan, Format Factory ni boleh dikategorikan sebagai software All In 1, serba boleh !!

Jika anda gemar menonton & download Movie, dan suka tonton movie dalam kereta yang mempunyai DVD Player yang boleh masuk CD dan pendrive seperti Proton Exora dan sebagainya..
kalau anda perasan, bukan semua movie yang terdapat dalam Pendrive boleh dimainkan pada DVD Player kereta ni.
Kenapa ?? Sesetengah DVD Player kereta hanya support Video format .avi sahaja .. Jadi, kita boleh ubah format movie yang tak dapat dimainkan tadi ke fomat .avi menggunakan software Format Factory ni ..


Kalau anda gemar dengan movie Inggeris, kita juga boleh masukkan Subtitle dalam movie secara Automatik seperti post saya sebelum ni..



Berikut adalah contoh untuk tukar format Musik video ke mp3 file .


Tengok Step bergambar di bawah :-



1. Buka Format Factory >> Audio >> Mp3 .
2. Klik  "+ Add File"
3. Pilih Musik Video yang anda nak convert ke Mp3 >> Open .





Anda boleh potong panjang masa Video tadi dengan 
klik pada video yang nak dipotong..
Kemudian Klik "Set Range" .
Edit durasi minit video di dalam kotak disediakan seperti gambar di atas !!
Setelah selesai.. Klik "OK"





1. Klik button "Start" untuk jalankan converter ke mp3..
Tunggu sehingga Complete 100% !!
2. Klik "Output Folder" untuk lihat file yang dah convert





Tengok hasilnya !!  bertukar ke format mp3..
Boleh cari folder FFOutput melalui "Computer>>Local Disk(C/D)>>FFOutput"



Download Format Factory 3.7.5.0



PEMBERITAHUAN : Anda tidak perlu membuat backup video kerana Format Factory telah Copy file asal dan Paste ke format mp3 ...



Cara Tukar Video ke mp3 File (Format Factory) Cara Tukar Video ke mp3 File (Format Factory) Reviewed by Unknown on 3:40 AM Rating: 5

1 comment:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.