Cara buat Fake Call Android - Prank Kawan Pejabat

prank call



Assalamualaikum...

Rasanya sebulan lebih tak update blog ni, bersarang pulak jadinya.. biasalah sibuk study untuk last exam haritu. Last post bulan 6 haritu tentang Trick Hack Instagram Cara download Gambar. 

Untuk trick kali ni simple je, saya nak ajar cara buat prank call ataupun fake call.. macam mana prank ni ??
 Kita boleh buat panggilan masuk palsu. Contohnya kita boleh settings nama artis yang kita minat, kemudian hp kita akan berdering dan kita terima panggilan daripada artis tersebut.. hahaha....

Nampak !! kawan kita konfem terkejut bila ada artis call kita.. padahal call tu palsu je.
Jangan Risau, panggilan palsu ni selamat dan takkan telan duit kita !!

Tak faham lagi ??
Jangan risau, saya dah sediakan cara bergambar gunakan app ni.
Sebelum tu mesti download dulu app ni .. Untuk Android je .

Download di PlayStore

Nak mudah lagi, search je terus dekat SmartPhone sendiri. taip " fake call "


Name : Isi nama panggilan masuk ikut suka hati kita.
Number : Letak je nombor apa-apa pun.
Photo : Kalau rasa nak letak gambar, boleh jugak !!



More Settings : Boleh buat Private Number, tukar rington,
 repeat call pun boleh, tempoh berbual boleh adjust.



Select Phone : 
Kita boleh pilih tema jenis apa untuk panggilan masuk fake nanti 




Voice : 
Kita boleh pilih voice apa yang keluar bila kita dah jawab panggilan nanti.
Boleh rakam sendiri, taknak voice pun boleh.
Saje promote lagu Lamaranku-Amer Azrai. Best jugak !!



Dah settle semua, tekan SAVE .
Kita boleh pilih bila masa panggilan masuk tu. 
Boleh setting sendiri jam pada Costum

DONE !! Tunggu sampai masa yang ditetapkan, Phone kita akan dapat call masuk.. kita mesti jawab ataupun decline, sebab dia takkan berhenti berdering selagi tak beri respon..... 




Bukan saja panggilan masuk fake je yang boleh..
SMS fake pun boleh buat dengan app ni.




Cara buat Fake Call Android - Prank Kawan Pejabat Cara buat Fake Call Android - Prank Kawan Pejabat Reviewed by Unknown on 2:19 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Do you need free Instagram Followers?
    Did you know that you can get them AUTOMATICALLY AND TOTALLY FOR FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.