Lagu ADA AKHIRAT - Amer Azrai (Lirik)


Assalamualaikum...

Masih ingat dengan penyanyi Amer Azrai, pelajar Malaysia?? baru-baru ni pada bulan September beliau secara rasminya melancarkan single album terbarunya yang kedua di Indonesia...

Judul bagi lagu keduanya ialah ADA AKHIRAT. Lagu beliau banyak memberi inspirasi dan pengajaran buat golongan muda seperti kita bahawa secara tidak sedar, kita sentiasa  meletakkan dunia di hadapan... Lagu ni lebih berunsurkan ketuhanan dan apa yang menariknya dalam lagu tersebut, ada bahagian rap pengajaran yang istimewa dan sesuai didengari oleh semua golongan.

Macam mana ?? tak sabar nak dengar ??
Terlepas Album pertama Amer Azrai ??
Klik untuk tonton video lagu dan lirik untuk lagu pertamanya


Bawah ni saya sediakan lirik lagu Ada Akhirat


Amer Azrai - Ada Akhirat

Kitalah hamba yang tak terdaya
Tak memiliki apa dan apa
Kitalah hamba yang sangat hina
Membuat dosa setiap masa

Semua ini Allah yang punya
Jangan merasa kuat dan bangga
Banyak beramal akan ke syurga
Banyak berdosa pasti neraka

(Chorus)

Jangan meletakkan dunia dihadapan
Jangan merasakan hidup ini terlalu panjang
Ingat ada akhirat ada kematian
Ingat akan pesan ada didalam Al-Quran

(Rapp;)

Kitalah hamba yang banyak membuat dosa
Siang dan malam kita sering lakukannya
Kitalah hamba menjadi hamba dunia
Sehingga lupa pada akhirat disana

Harta yang banyak bukan sebagai jaminan
Hidup selamat hingga ke akhir zaman
Ayuh sahabat kembali pada pesanan
Al-Quran Sunnah sudah ada dibekalkan

(Ulang chorus)

Jangan meletakkan dunia dihadapan
Jangan merasakan hidup ini terlalu panjang
Ingat ada akhirat ada kematian
Ingat akan pesan Tuhan Yang Esa

Allah Allah Allah
Allah Allah Allah
Allah Allah Allah

Allahu Allahu Akbar


 Toton Video ADA AKHIRAT - AMER AZRAI = https://youtu.be/nxOye4BwoG4






Subscribe: Amer Azrai


 
Lagu ADA AKHIRAT - Amer Azrai (Lirik) Lagu ADA AKHIRAT - Amer Azrai (Lirik) Reviewed by Trick DRNet on 10/04/2016 02:15:00 AM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.