Send Whatsapp Message Without Saving the Contact Number

wassap.me

Assalamualaikum...

Bukan main lagi tajuk entry dalam bahasa Inggeris .. huhu
Sebelum tu admin nak minta maaf sebab lama tak post trick dan entry menarik dalam blog ni disebabkan kesuntukan masa belajar..

Whatsapp ni memang ramai penggunanya, apatah lagi zaman serba teknologi sekarang.. Kebanyakkan pengguna App Whatsapp ni dari golongan sekolah rendah hinggalah pekerja-pekerja.. Tapi jangan terkejut sebab sekarang kanak-kanak yang masih bersekolah pun dan pandai main Whatsapp, golongan warga emas pun dah mula mengasah bakat mereka dalam dunia siber ni.. huhu...

Seperti tajuk diatas, Whatsapp ni leceh sikit kalau kita nak private message (pm) seseorang tu, kita kena save contact number dia. Melainan dia memang ada dalam mana-mana Group whatsapp.
So, saya jumpa app ni di Playstore dimana kita boleh pm seseorang secara pantas tanpa save contact number dia dalam hp kita.

Nampak macam menyalahi undang-undang whatsapp, tapi sebenarnya bagi saya tak kot.. hehe.
App ni sangat berguna untuk kita terutamanya peniaga-peniaga Online. Selalunya apabila peniaga online mempromosikan iklan mereka di Facebook, Instagram, dan sebagainya.. kebanyakkan komen-komen pelanggan ialah : pm saya di 019-xxxx-xxx

Nampak ?? tak mengapalah.. taknak buka cerita panjang-panjang.. Apa pun, app ni akan memudahkan lagi kerja kita.
Boleh download app ni kat bawah:-

Download Sini


Cara Penggunaan:

Ikut step bergambar di bawah ye...

trick whatsapp
1. Masukkan nombor telefon beserta Kod Negara di hadapan nombor (+60).
2. Tulis mesej apa yang kita nak hantar dekat dia,
3. Klik 'Open Wasapp'.



no number phone
Done.. dia akan automatik ke nombor whatsapp yang kita masukkan tadi.. 
Tekan Send je kalau nak hantar mesej.




no account whatsapp
Tapi kadang-kadang ada masalah jugak dengan app ni. Nombor dah betul dan ada pengguna, tapi akan jadi macm ni kadanag-kadang. Lain la kalau nombor tu memang tak daftar whatsapp.
Kalau dia keluar macam dalam gambar kat atas, kita tutup balik app tadi dan buka balik..


Kalau anda ada masalah Whatsapp Group Hang ataupun Not Responding, boleh baca tips ni Cara Elakkan Whatsapp Hang


Sekian sahaja tutorial saya dalam tajuk hantar mesej Whatsapp tanpa simpan nombor telefon..
Terima kasih, sebarang komen boleh kemukakan di ruang komen.


Credit: Developer wasapp.me ( Asyraf from UTM )


Send Whatsapp Message Without Saving the Contact Number Send Whatsapp Message Without Saving the Contact Number Reviewed by Trick DRNet on 4/02/2017 11:03:00 AM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.