2 TIPS Berjaya Dalam BISNES


Assalamualaikum....

Sebut je pasal bisnes kat Malaysia, semua orang dah tahu apa maksud bisnes tak kiralah sama ada bisnes online ataupun bisnes di pasaran (offline).. Tapi adakah kita semua tahu bahawa terdapat banyak tips-tips untuk kita berjaya dalam bisnes tapi kita selalu pandang remeh hal tersebut..

Kenapa ?? tepuk dada tanya diri kita kenapa kita boleh terlepas pandang dalam hal-hal remeh tersebut seperti merancang perjalanan bisnes dengan betul. Ramai oarang buat bisnes secara membuta tuli tanpa pegang 3 prinsip iaitu lihat/dengar, faham dan buat.. kita selalu terlepas bab 'faham'.

Kita mesti faham apa kehendak pelanggan kita, jangan terus direct buat sesuatu tanpa berfikir...
Di bawah ada sedikit kata-kata ataupun tips-tips BERJAYA DALAM BISNES yang saya ambil dalam Fb, Blog, dan sebagainya...


2 TIPS BERJAYA DALAM BISNES
=====
.
.
1. Buat
2. Dengar & Beri

===
#1 - BUAT
===
.
"Go there first, then figure out yourself."
- Wan Nong Muzafar
.
Selagi kita tidak buat, selagi itu minda & kejayaan
kita tersekat.
.
Tak perlu nak tunggu masa yang betul-betul 'Perfect',
baru nak buat.
.
Redah je, buat je dulu.
.
Kemudian baru fikirkan cara untuk mengatasinya
(Kalau ada masalah)
.
Pengalaman bertindak itu jauh lebih berharga,
dari asyik berfikir tak sudah-sudah.
.
===
#2 - DENGAR & BERI
===
.
"Listen, and then give."
- Wan Nong Muzafar
.
Faham kepentingan pelanggan/prospek sewaktu
membuat urus niaga.
.
Jadi pendengar. Diamkan mulut, bukakan HATI.
.
Apabila kita mendengar pelanggan/prospek bercakap,
kita akan lebih memahami apa yang mereka perlukan.
.
Elakkan daripada bersikap bodoh sombong apabila
berurusan dengan pelanggan/prospek.
.
Jangan bagi apa yang kita mahu dan tahu,
Tapi bagi apa yang mereka mahu dan nak tahu.
.
.
Setiap bisnes perlu strategi marketing yang tersendiri.
Tiru buta-buta, hasilnya pun buta-buta

===================================================================

Apa yang membezakan orang berjaya dengan tidak berjaya ialah...
.
.
1. Buat
2. Buat dengan BETUL

Itu sahaja...

Tapi, kalau GAGAL...

Ulang langkah 1
Ulang langkah 2

Kalau GAGAL lagi,

Ulang lagi,

Tapi... jangan buat perkara yang sama lagi dan lagi,

Buat sesuatu yang lain, yang lebih baik, pasti anda akan dapat hasil yang lain dan lebih baik..

=================================================================
>Sabda Rasulullah SAW,<
“Sebaik-baik usaha untuk mendapat rezeki adalah bekerja
dengan tangan sendiri. (iaitu menjadi usahawan)”
– Imam Ahmad dan Al-Baihaqi.
=================================================================


1 perkara yang ramai orang PALING SUSAH nak buat.
===
.
Anda buat bisnes ? Baca ni sampai habis.
.
Tak kiralah apa jenis bisnes yang anda buat, anda perlu tahu, ada satu perkara yang cukup susah pelanggan/prospek nak buat.
.
Iaitu...
.
.
" KEPUTUSAN "
.
.
Antara sebabnya, mereka tak faham & tak jelas dengan apa yang anda cuba nak sampaikan. Masalah ini boleh diselesaikan dengan mengadaptasi 1 teori pemasaran.
.
.
" Teori Pinball "
.
.
Pinball adalah sebuah permainan komputer yang popular zaman 80-an.
.
====
Teori Pinball
====
.
Dalam permainan pinball, berikut adalah sistemnya:
.
1) - Setiap button mempunyai 1 fungsi specifik.
.
2) - Button A = Untuk pukul bola ke tempat yang mempunyai poin-poin tertentu.
.
3) - Button B = Untuk terbangkan bola sebelum mulakan permainan.
.
Dalam marketing, teori pinball sangat membantu.
.
Pelanggan/prospek kita tidak ada masa yang banyak. Jadi, jangan kelirukan mereka. Tugas kita adalah buat mereka faham apa yang kita tawarkan -- Kurang 10 saat.
.
===
Bagaimana teori pinball bagi kesan positif dalam kempen marketing
====
.
Cara untuk adaptasi teori ini dalam kempen marketing:
.
==
1) 1 Mesej marketing sahaja.
==
Letak 1 sahaja tawaran berkenaan produk/bisnes kita. Kalau produk fokus pasal produk, kalau bisnes fokus pasal bisnes.
.
==
3) Fokus pada 1 manfaat sahaja.
==
Tidak perlu cerita semua kelebihan produk/bisnes kita. Lagi banyak, lagi pening kepala mereka nak baca. Fokus 1 point manfaat yang paling penting kepada pelanggan/prospek. Terangkan manfaat itu dengan spesifik, terang & jelas.
.
==
2) Minta pelanggan buat 1 tindakan sahaja - Yang paling mudah
==
Jangan suruh mereka call @ whatsapp. Suruh mereka buat 1 tindakan yang paling mudah pada waktu tu juga di tempat yang sama (Komen)
.
.
Praktikkan dalam kempen promosi anda selepas ini. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa tu MARKETING ?
=====
.
Bukan belajar FB marketing, bukan buat iklan, bukan belajar 1001 cara promosi, bukan buat flier, bukan buat signboard, bukan buat kad bisnes, bukan buat fanpage, bukan buat website dan segala macam lagi la.
.
Marketing dalam ertikata PALING MUDAH ialah:
.
.
" Kenalpasti kepada siapa kita mahu jual dan cari cara untuk pastikan mereka membeli. "
.
.
Saya ulang sekali lagi,
.
.
Marketing: " KENALPASTI kepada siapa kita mahu jual dan CARI CARA untuk pastikan mereka membeli. "
.
.
KENAL PASTI siapa, CARI CARA sehingga mereka beli.
.
Selesai

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PROMOSI TAKDE RESPON ? - Ada 3 elemen mesti ditukar
.
.
Apa nak buat kalau iklan promosi yang kita post takde respon ?
.
Menurut salah seorang sifu pemasaran Facebook, Tuan Faisal Abdullah, jika iklan yang kita hasilkan gagal dapat perhatian. Ada 3 elemen penting yang kita perlu ubah suai:
.
.
3 elemen penting :
.
==
1) GAMBAR.
==
.
Gambar memberi pengaruh visual lebih 70% di Facebook.
.
Pemilihan gambar jangan terlalu ' Skema '. Pilih gambar yang nampak personal, berkait dengan mesej iklan yang disampaikan dan senang pembaca nak faham.
.
==
2) BODY / CONTENT.
==
.
Baiki struktur content iklan & tukar perkataan/ayat yang lain.
.
Highlight 1 perkara yang paling penting sahaja. Belajar buat ayat yang tepat mengenai situasi/keinginan pembaca untuk tangkap perhatian mereka.
.
Buat ayat yang paling ringkas dan senang diproses oleh otak.
.
Jika panjang, gunakan teknik ' Story-selling '.
.
==
3) HEADLINE.
==
.
Baiki tajuk supaya lebih spesifik, simple dan padat. Ibarat kita menulis pada 1 orang pembaca yang kita mahu sahaja.
.
.
++++
Bagaimana nak dapatkan 1000 rakan yang 'Targeted' di FB untuk dijadikan prospek.
++++
.
Teknik ini boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam sahaja.
.
Dengan mempunyai senarai ' Friend ' yang targeted, kita boleh tingkatkan 50% respon pembaca setiap kali kita update post promosi di FB.
.


KUASA ILMU & TINDAKAN,
----
Tiada istilah rugi jika kita laburkan duit untuk ILMU,

Yang buat ia rugi adalah bila kita tak BERTINDAK & apply ILMU tu.

ILMU & TINDAKAN mesti seiring.
.
Zaman ini adalah zaman kejar mengejar, takde ilmu & lambat bertindak, kita akan jauh terkebelakang.
.
.
P.S: Jangan kedekut untuk topup ILMU, jangan terhegeh-hegeh untuk BERTINDAK.

--------------------------------------------------------------------------------------------
2 TIPS Berjaya Dalam BISNES 2 TIPS Berjaya Dalam BISNES Reviewed by Trick DRNet on 4/24/2017 03:08:00 AM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.