Lajukan Startup PC Anda dengan Software HOT ni !! (Speed Up Your Windows)



 

Assalamualaikum...


Korang perasan tak laptop yang anda tengah online sekarang ni makin lama makin slow ??

Kenapa eh, Padahal storage Hardisk masih banyak ? Asal jadi lembap semacam je macam ciput bila nak Turn On laptop ni ?


Jangan risau, meh sini aku nak bagitau sikit beberapa faktor laptop atau PC korang jadi slow.. 



KENAPA LAPTOP SAYA TERLALU SLOW ??


1. Startup Boot Apps terlampau banyak.

2. Software yang lama tak dibuang.

3. Terlalu banyak software yang running di background

4. Junk Files / Cache 




Apa Itu Startup Programs In Windows ?


- Mengikut kefahaman aku secara cincainya Startup Program ni adalah Task yang auto running dalam windows kita samaada secara kita perasan atau tak semasa kita Turn On laptop atau PC kita. Task yang sedang berjalan tersebut adalah software dan aplikasi yang ter install dalam Windows kita.


Jadi, setiap software yang sedang running dalam laptop kita semasa proses Turn On laptop akan memakan sedikit sebanyak penggunaan CPU (CPU Usage) dalam Windows tersebut. Setiap software ini berbeza dari segi saiz storan yang digunakan. Boleh lihat gambar dibawah untuk tahu lebih lanjut.



task manager


Seperti gambar diatas, kita dapat lihat jenis-jenis software yang running dalam Startup Windows kita. Yang aku bulatkan merah tu adalah Startup Impact nya mengikut rank iaitu High, Medium dan Low. Ia menunjukkan berapa banyak penggunaan CPU yang dimakan ketika Windows sedang Turning On. 


Semakin banyak Startup Impact yang High sedang running, makin slow la proses Startup Windows anda. Memang nampak benda ni amat remeh kalau benda ni terlalu sikit, tapi bila dah terlampau banyak software yang High priority running dalam laptop anda, fuhh memang selamat jalan la jawabnya.. haha




Software Yang Lama Tak Dibuang (Uninstall)


- Percaya tak sebenarnya banyak Software dalam laptop kita yang tak pernah digunakan langsung malah kita sendiri pun tak tahu apa fungsi software tersebut, ia memang dah siap Install dalam laptop kita, so mesti dalam hati korang pernah cakap "ahh biarkanlah benda alah ni". Benda alah ni sebenarnya tak boleh dipandang remeh tau tak !! 


Cuba kalau banyak software yang kita tak pernah usik ni ada dalam laptop kita, dan software-software ni running dalam dalam background Startup Windows kita. Sah-sah ia akan menyebabkan laptop kita slow tanpa kita sedar dan tak tahu apa punca laptop kita lembap. Disebabkan ramai yang tak ambil peduli lah punca software-software yang tak digunakan jadi semakin bertambah dalam laptop kita.




Boleh ke software-software ni bertambah tiba-tiba ??


Korang tau tak, setiap kali korang install software baru di laptop, mesti akan ada iklan dimana ia suruh kita install software lain sekali kan ? tapi benda ni ramai tak perasan sebab semasa proses setup software, ia akan minta untuk kita tick Agreement, Terms and Conditions. Kemudian disuruh click button Next dan Next lagi sehinggalah button Install. Kadang-kadang kita tak perasan atau nak cepat sangat software tu Install sehinggakan main tekan je button Next tanpa baca terlebih dahulu apa yang ditulis kan ?? Sebenarnya dalam Proses Setup Software tu la dia letak iklan untuk kita setuju atau tak untuk Install software lain dalam laptop anda. Kita main click Next je kan, memang terkena lah.. huhu




Apa Itu Junk Files / Cache ??


Untuk info ni admin akan up pada halaman nanti ye, benda ni panjang untuk diceritakan dalam ni. So kita skip sekali Step nya sekali pada next post termasuk cara nak Clear Cache Files ni.





MACAM MANA NAK ATASI SEMUA MASALAH STARTUP WINDOWS SLOW NI ??


Korang jangan risau sebab aku akan recommend satu software dimana ia mampu melakukan banyak tugas dengan hanya dalam satu software. Mungkin dah ramai tahu kewujudan software ni tetapi aku juga yakin masih ramai yang tak tahu macam mana nak gunakan software ni dengan lebih mendalam. Software apa tu ??




ccleaner cara disabled startup windows
CCleaner From Piriform Software Ltd.



CCleaner merupakan sebuah software dari syarikat Piriform yang sudah dibina sejak 2004 lagi untuk kemudahan pada Microsoft Windows. Ia terdapat dalam Version Percuma dan Version Professional (berbayar). Kalau nak tau apa kelebihan CCleaner Version Pro, sila teruskan membaca post ni.


Dimana Nak Download CCleaner For Windows ni ? 


Boleh Pergi ke Website Rasmi CCleanerhttps://www.ccleaner.com/

Untuk Smartphone version pun boleh di download dari Playstore atau AppStore.




Apa Kelebihan CCleaner ??


- Boleh Disable startup software yang running di background (PENTING)


- Clear Cache dan Cookies dari Browser yang pernah kita layari (BERKALA)


- Clear Registry Keys / Missing Shared DLLs (PENTING) + (BERKALA)


- Uninstall Software yang tak dipakai (PENTING)


- Disk Analyzer (boleh analisis file format apa yang paling banyak dalam PC kita)


- Drive Wiper (HDD Defraggler)


- Search dan Delete Duplicated Files dalam Hardisk.




Berikut adalah beberapa kelebihan atau fungsi CCleaner yang aku nak share, sebenarnya banyak lagi fungsi yang ada dalam software tu, cuma aku bagitahu yang mana penting dan aku ambil tahu sahaja sebab benda-benda aku sebut tu adalah benda asas untuk lajukan laptop korang. 


Yang aku tulis (PENTING) itu adalah benda wajib kita kena buat, itulah punca-punca utama kenapa Komputer kita slow. Untuk (BERKALA) pula, korang kena clearkan benda alah tu dalam seminggu sekali atau dua kali. Kalau rajin nak clearkan tiap hari pun tiada masalah, lebih afdhal orang kata. huhu




JOM MULAKAN CUCI LAPTOP ANDA !!



ccleaner cara disabled startup programs in windows
CARA NAK DISABLED STARTUP SOFTWARE



Seperti sedia maklum, Startup Apps ni adalah software yang running dalam background komputer kita secara automatik samaada kita sedar atau tidak. Jadi, ia akan melambatkan proses boot Windows laptop kita. Follow step dibawah cara nak Disabled running Apps menggunakan CCleaner, atau boleh rujuk gambar diatas.




Cara Nak Disabled Startup Software (CCleaner)


1. Buka CCleaner dan pergi Bahagian Tools > Startup

2. Pilih sofware mana yang anda nak disabled kan running secara automatik.

3. Doubled-Click kan pada software berkenaan. Atau klik apps tersebut dan klik Disable pada tab kanan sekali.

4. Nak tahu dah berjaya Disabled ke belum, tengok tulisan apps dah bertukar warna kelabu.




HATI-HATI semasa nak Disabled Apps ni. Ada benda yang kita tak boleh sesuka hati je nak Disabled kan. Takut nanti ada system yang tak berfungsi dalam Laptop anda. Contohnya macam sound system Realtek dan SecurityHealth dari Microsoft Corporation.

Tak tahu apps mana yang TAK BOLEH usik ?? tengok gambar dibawah ni, korang just ikut macam kat situ.


lajukan startup windows



Dalam rajah diatas, bahagian yang tertulis 'YES' adalah file yang sangat penting bagi aku, dan kalau tak mahu ada apa-apa error semasa menjalankan proses running di background, ikut je macam dalam gambar diatas. So kalau korang nak ikut aku pun boleh, supaya tiada masalah nanti.

InsyaAllah dengan cara ni proses startup Windows PC korang akan running dengan smooth, tapi aku tak kata lancar sepenuhnya sebab ia bergantung pada Processors dan Storages Hardisk/SSD dalam laptop anda jugak. Kalau laptop anda jenis spec lama, mungkin effect smooth nya terasa sedikit sahaja perbezaan dengan sebelum ini, tetapi sekurang-kurangnya kita dah mencuba kan ?




UNINSTALL SOFTWARE YANG TAK BERGUNA !!


Baiklah benda ni pun sangat penting ye kawan-kawan.. Korang semua wajib ikut apa yang aku share ni kalau taknak laptop korang tu terlalu banyak software-software yang "tak dikenali". Kenapa aku cakap benda ni penting ? Sebab aku nak korang tahu bahawa terlampau banyak software yang terinstall dalam laptop anda juga boleh melambatkan proses booting Windows anda.



Bagaimana Nak Kenal Pasti Software Apa Yang Penting dan Tak Penting ??


Apa yang aku sampaikan ini adalah melalui logik akal ye, bukannya teori dari mana-mana sumber macam mana kita nak tahu software apa yang berguna dan 'tak berguna' bagi penggunaan laptop kita. Rujuk gambar dibawah aku nak bagi tips sikit nak tau software tu asal dari Windows ataupun tidak.



software asli microsoft
Garisan hijau yang aku gariskan pada bahagian 'Publisher' itu adalah software dimana asal atau asli dari Microsoft Windows sendiri. So benda ni ada yang sangat penting dan ada yang tidak terlalu penting. Sebagai langkah keselamatan, korang tak perlu Uninstall mana-mana software asli dari Microsoft Corporation ni


So langkah seterusnya adalah ditangan anda sendiri untuk mencari yang mana satu software yang tidak penting selain dari Microsoft Corporation. Anda boleh uninstall sendiri software tak terpakai itu melalui CCleaner ni. So tak perlu susah-susah dah nak pergi ke Control Panel bagai.. huhu



uninstall software dari ccleaner
Easy step nak Uninstall Software melalui CCleaner ni. Just pergi ke bahagian Tools > Uninstall.
Klik Kanan Mouse dan pilih UNINSTALL. Done.. Jangan pilih Delete ye, sebab ia takkan terhapus pun software tersebut kalau tekan Delete !!




KELEBIHAN CCLEANER FREE VERSION VS PRO VERSION



perbezaan CCleaner Free dan Pro Version
Korang boleh menilai sendiri kelebihan menggunakan CCleaner Professional. Tapi kalau nak cuba dahulu boleh je guna yang Free Version punya. Still banyak function kita boleh buat dengan Free Version ni.





Ini sahaja perkongsian sedikit sebanyak daripada aku, nantikan sambungan post akan datang. Aku akan share pulak cara nak bersihkan Cache/Junk Files dan Delete Duplicate Files dalam Laptop anda menggunakan CCleaner ni. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh bertanya di ruangan komen dibawah. 

Jangan lupa Follow RemajaBlogroid ni untuk Tips & Tricks Dunia Teknologi dengan lebih banyak lagi dan menarik. Assalamualaikum..







#StartupPrograms #DisabledStartup #WindowsStartup #UninstallSoftware #RemoveSoftware #RunningBackground #LajukanPCanda #LajukanStartup #SpeedUpStartup #CCleaner

Lajukan Startup PC Anda dengan Software HOT ni !! (Speed Up Your Windows) Lajukan Startup PC Anda dengan Software HOT ni !! (Speed Up Your Windows) Reviewed by Trick DRNet on 5/23/2021 09:49:00 AM Rating: 5

1 comment:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.