Cara Install / Masukkan Ayat Quran dalam Microsoft Word (QuranInMsWord)

 


Assalamualaikum w.b.t ...


Untuk post kali ni aku nak ajar macam mana nak install ataupun dapatkan aplikasi .exe Ayat Al-Quran dalam Microsoft Word. Mungkin ramai kat luar sana yang dah cuba macam-macam aplikasi Add-In untuk ayat Quran di Microsoft Word ni. Aplikasi ni sering digunakan oleh para pelajar terutamanya student Universiti ataupun Pensyarah yang mengajar ilmu-ilmu agama serta untuk terjemahan Ayat Quran secara slide atau printing.

Dalam aplikasi Add-In ni terdapat banyak function-function lain selain Ayat Quran. Ia bertujuan untuk memudahkan para pengguna supaya senang untuk mengubah atau menambah design simbol-simbol yang susah nak dapat di aplikasi lain.



Antara Kemudahan atau Function lain di QuranInMsWord.exe :-


- Translate/terjemah Ayat Quran ke English

- Translate/terjemah Ayat Quran ke Bahasa Indonesia

- Kemudahan Pencarian Ayat Quran 

- Mesra Penanda Ayat dan Bracket

- Simbol Khat Art yang banyak dan menarik

- Border untuk Ayat Quran



Sebelum aku kongsi aplikasi QuranInMsWord ni, anda kena tahu dulu berapa bit windows yang running dalam Laptop anda. Tengok gambar kat bawah kalau nak tahu macam mana..


Di bahagian Desktop laptop anda, Klik kanan pada This PC dan pilih Properties




Disitu akan muncul tampilan specification Laptop kita.
Tengok pada System Type, kat situ kita bolah tahu berapa bit Windows kita samaada 32-bit atau 64-bit.
Macam PC admin running 64-bit OS.



Baiklah sekarang anda dah tahu berapa bit OS laptop anda gunakan. Sekarang untuk aplikasi kemuncaknya pula ialah.. QuranInMsWord.exe version 3.0.


Download Sini Untuk Windows 64-bit Version 3.0 (13MB)

QuranInMsWord.64-3.0.exe



Download Sini Untuk Windows 32-bit Version 3.0 (20MB)

QuranInMsWord.32-3.0.exe




Kalau anda dah selesai download tengok cara nak install pulak ...



Pada aplikasi QuranInMyWord.exe yang anda dah download tadi. Klik kanan dan pilih Run as administrator







Pilih Bahasa English dan OK






Tick pada kotak All users (system-wide) dan klik Next.





Klik Install dan tunggu sehingga selesai semua..





Nahh !! Ni hasilnya, ada Tab baru di atas sekali yang tertulis Ø§Ù„قرآن الكريم
Pergi ke Tab tersebut dan selesaikanlah assingment anda sepanjang hari dengan mudah.. huhu





INFO TAMBAHAN !!


Aplikasi QuranInMsWord.exe version 3.0 ni hanya work pada Microsoft Office Word 2013 dan keatas sahaja.. Nanti kalau admin tak terlupa, admin akan update untuk Microsoft Office Word 2010 kebawah ye..



MORE EXTRA INFO !! 


Jika Microsoft Word anda tak support font bahasa Arab Al-Quran, boleh download dan install font tersebut di bawah :-


Transliterasi and QuranArab Font.rar (0.6MB)




Cara Install Font ni, Select All Font dan Klik Kanan.
Pilih Install for all users




Baiklah itu sahaja dari aku, terima kasih kerana sudi lawat blog tutorial ni, Jangan lupa Follow untuk tutorial dan trick lebih menarik !!

Assalamualaikum...




#QuranInMsWord #QuranWord #FontArab #Transliterasi #installFontQuran #MicrosofWord #TranslateQuran #AlquranInMsWord

Cara Install / Masukkan Ayat Quran dalam Microsoft Word (QuranInMsWord) Cara Install / Masukkan Ayat Quran dalam Microsoft Word (QuranInMsWord) Reviewed by Trick DRNet on 4/05/2021 11:45:00 PM Rating: 5

2 comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.