Elok Ke Kerap SLEEP Mode Laptop Anda Terlalu Lama ??

 


Assalamualaikum...


Untuk post kali ni admin taknak share tutorial yang berat-berat seperti sebelum ni, kadang-kadang otak ni nak juga berehat kan ? Asyik belajar trick mendalam je boleh effect sampai pening kepala oo. Kalau trick yang kita praktikkan tu menjadi takpe, ni sampai berminggu-minggu try and error tapi still tak jadi, sakit otak jugak kan.. haha


Baiklah disini admin hanya nak kongsikan kepada umum terutama sekali Student Universiti ataupun pekerja pejabat yang sering buat Assingment atau kerja-kerja yang wajib menggunakan laptop sebagai tugasan harian anda. Seperti tajuk di atas, Bagus ke kalau kita selalu biarkan laptop kita dalam Sleep Mode ? Apa kesan buruk dia kalau kita sentiasa sleep laptop terlalu lama sehingga berjam-jam atau berhari-hari ?

Admin akan nyatakan kebaikan dan keburukan Sleep Mode ni pada laptop anda berdasarkan pengalaman yang dikongsikan daripada kawan-kawan admin. 



BACA JUGA: Cara Install Ayat Quran Dalam Microsoft Word




APA ITU SLEEP MODE ?


- Dalam Sleep Mode, PC kita dalam keadaan low-power state dan skrin akan menjadi gelap seolah-olah kita dah Shut Down PC, tapi sebenarnya ianya hanya tidur sementara. Memori dalam PC takkan terpadam sekiranya kita sedang melakukan kerja-kerja pada laptop. Bila kita turn on balik laptop, ia akan muncul balik dalam keadaan seperti asal iaitu sebelum kita sleep kan laptop tersebut dengan pantas. Semuanya akan dipaparkan apa yang kita buka sebelum ni termasuk software dan dokumen.




KEBURUKAN SLEEP MODE TERLALU LAMA


- Bateri Cepat Drain = Bahaya sleep mode ni adalah boleh menyebabkan bateri laptop kita menjadi cepat drain ataupun "kong". Tapi kesan ni akan terjadi dalam jangka masa yang panjang, ada juga faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan bateri laptop kita ni cepat drain. Sleep Mode dalam jangka masa yang lama juga salah satu puncanya.


- Windows Error = Keburukan lain adalah boleh menyebabkan Windows rosak. Kenapa ?? admin pun masih belum pasti apa puncanya tetapi kawan saya ada menceritakan pengalaman beliau kepada saya. Apa yang dapat disimpulkan disini, admin rasa mungkin semasa dia Turn On Sleep Mode, windows tengah menjalankan downloading atau installing Windows Update yang tak boleh di stop atau pause sementara. So, boleh jadi itu adalah salah satu punca kenapa Windows laptop kita boleh rosak bila kita buat Sleep Mode ni.


- Process Download Auto Pause = Berdasarkan apa yang admin lalui, bila kita turn Sleep Mode pada laptop kita, ia akan pause atau stop seketika apabila kita sedang melakukan kerja-kerja mendownload seperti Movies, Games, dan lain-lain file. So, bila kita turn on balik laptop tu barulah ia akan sambung balik mendownload. Tapi kadang-kadang terjadi error untuk menyambung atau resume download disebabkan masalah communication pada server website yang anda layari. Jadi, kenalah anda download semula file tersebut dari awal.


- Shocked Pada Motherboard = Air mineral yang tumpah pada laptop juga bahaya ketika laptop kita sedang dalam keadaan Sleep Mode. Kerana Sleep Mode adalah dalam low-power state, dimana ia tak Shut Down sepenuhnya dan elektrik masih berjalan pada laptop anda. Jika insiden ini berlaku, berkemungkinan besar laptop anda boleh rosak pada bahagian Motherboard ataupun Hardisk. Ingat ye !! Kalau kita dah Shut Down sepenuhnya laptop kita dan ada air mineral tertumpah, masih ada peluang untuk laptop kita selamat sebab tak ada aliran elektrik pada Motherboard terutamanya bila kita dah cabut bateri laptop. Kita hanya perlu jemur dalam beberapa jam atau hari berdasarkan kuantiti air yang tumpah pada laptop tersebut. Kalau nak lebih selamat, hantar terus ke kedai laptop untuk servis pada bahagian Motherboard. 



BACA JUGA: Cara Tutup Windows 10 Automatic Updates




KEBAIKAN SLEEP MODE


- Kebaikan Sleep Mode ini adalah menyenangkan tugas anda untuk buka semula dan sambung kerja yang anda tak sempat siapkan.


- Lebih pantas untuk buka semula dan tidak membuang banyak masa terutamanya laptop yang booting nya terlalu lama bila Turn On atau Turn Off laptop.





Kesimpulannya, Sleep Mode PC dalam tempoh masa yang lama lebih banyak kesan negatif berbanding positif. Jika anda mahu turn Sleep Mode pada laptop anda, pastikan jangan terlalu lama sehingga keesokan harinya, lebih baik Shut Down sahaja laptop anda untuk mengelakkan sebarang insiden yang berlaku. Bab kata orang tua-tua Mencegah Lebih Baik Daripada Berubat.


Demikian lah perkongsian admin pada anda semua tentang keburukan dan kebaikan Sleep Mode pada PC atau Laptop. Jika berminat sila follow blog ni untuk update ilmu Tips and Tricks lebih banyak dan menarik. Assalamualaikum.









#PCSleepMode #SleepPC #KebaikanSleepMode #KeburukanSleepMode #KitaJagaKita #SayangiBarangAnda #TempohMasaLama #KesanJangkaPanjang #BahayaSleepMode

Elok Ke Kerap SLEEP Mode Laptop Anda Terlalu Lama ?? Elok Ke Kerap SLEEP Mode Laptop Anda Terlalu Lama ?? Reviewed by Trick DRNet on 4/26/2021 04:32:00 AM Rating: 5

3 comments:

  1. admin nak tanya, saya selalu sleep pc tapi tak lama tapi selalu pastu sekarang saya takleh nak tekan button windows tu eh, yang ada segi empat tu, kenapa eh ada kaitan ke. harap admin boleh jawab huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu biasanya windows problem.. kna cek hntr kedai, samaada kedai akan reformat balik ataupn just fix guna chkdsk.. kalau boleh elakkan sleep slalu lptop

      Delete
  2. Admin...ni utk laptop saja ke .kalo desktop pon sama ke? Dari segi bateri kong tu dan lain2

    ReplyDelete

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.