Kelebihan Antivirus ESET NOD32 Dan Kenapa Aku Kata Antivirus Ni Terbaik Bagi Aku !!

 


Assalamualaikum...


Kali ni aku nak share sikit Antivirus apa yang paling digemari dan kenapa aku pilih Antivirus ni sebagai software utama setiap kali selepas aku format PC atau Laptop kawan-kawan aku.(Ada upah, hahaha) benda ni paling wajib akan aku install termasuklah di Netbook yang bersaiz lebih kecil berbanding laptop tu.


Seperti kenyataan pada tajuk diatas, ANTIVIRUS ESET NOD32 adalah pilihan terbaik untuk anda semua pakai sebab terdapat banyak kelebihan walaupun spesifikasi laptop ataupun PC anda sangat rendah, tapi antivirus ni tetap boleh berjalan dengan lancar atau smooth bila diguna pakai samaada ketika melakukan scanning ataupun update database.



Apa kelebihan Antivirus Eset ni ??



1. Pantas Dari Pelbagai Aspek

- Disebabkan Antivirus ni terlalu ringan semasa menjalankan task, masa diambil untuk proses booting juga menjadi singkat dan cepat, ia juga tidak menyebabkan PC anda hang buat seketika seperti Antivirus tersohor yang lain. Penggunaan CPU Usage juga tidak terlalu banyak ketika melalukan scanning virus.






2. Trough / Deep Scan

- Kalau anda nak tahu, dalam file format (.zip/.rar/.iso) juga berkemungkinan terdapat virus didalamnya, Jadi Antivirus Eset Nod32 ni boleh melakukan scanning terlebih dahulu di dalam file .zip tersebut tanpa anda extract. Tapi ia tak boleh scan jika file .zip atau .rar tersebut dilock atau terdapat password. 


Pengalaman Aku !!

- Enternal Hardisk aku dulu pernah terinfeksi dengan Clogged Virus dimana bila kita connect usb ataupun cucuk je kat laptop orang lain, automatik Windows laptop tersebut terus rosak dan akan jadi corrupt .exe apabila aku buka software-software di dalam laptop tersebut seperti Microsoft Office, VLC Player, Adobe Photoshop dan lain-lain. Jadi aku cuba scan external hardisk yang ada clogged virus tu menggunakan Eset Nod32 Antivirus dan Alhamdulillah ia berjaya delete virus tersebut tanpa aku perlu format balik external hardisk aku yang nak cecah hampir 500GB tu.

 






3. Lebih Selamat Ketika Melayari Internet

- Antivirus Eset ni juga menjaga kita semasa kita surfing internet, dia akan block website-website yang berpotensi ada virus seperti trojan, ransomware dan lain-lain. Eset Nod32 ni juga mempunyai browser tersendiri iaitu ESET Banking & Payment Protection dimana ia dapat protect kita dengan lebih baik semasa melayari Internet Banking Online.






Itu antara kelebihan ANTIVIRUS ESET NOD32 yang aku kaji di website-website dan dari pengalaman aku sendiri selama aku menggunakan Antivirus tersebut sejak bertahun-tahun lama dulu.


Kalau anda berminat untuk cuba Antivirus Eset ni, boleh dapatkan di website rasmi ESET NOD32 ANTIVIRUS

Kalau anda mahukan Trial Keys 30 Days untuk Antivirus Eset Nod32 ni, anda boleh dapatkan disini:- Eset Nod32 Trial Keys.


Setakat ni saja perkongsian aku untuk kali ni, semoga ilmu-ilmu ni bermanfaat untuk anda semua. Akhir Kalam, Assalamualaikum...





#Antivirus #Antivirusterbaik #removecloggedvirus #safeexternelhardisk #esetnod32 #esetsecurity #esetbusiness #esethome #esetTrial #Esetkeys #esetTrialkeys #smoothantivirus #bestantivirus






Kelebihan Antivirus ESET NOD32 Dan Kenapa Aku Kata Antivirus Ni Terbaik Bagi Aku !! Kelebihan Antivirus ESET NOD32 Dan Kenapa Aku Kata Antivirus Ni Terbaik Bagi Aku !! Reviewed by Trick DRNet on 4/10/2021 05:01:00 AM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.