Langkah Awal Sebelum Tukar / Beli RAM Komputer !!



Assalamualaikum...


Kepada sesiapa yang mempunyai masalah pada RAM komputer seperti RAM rosak atau patah haruslah menukar RAM tersebut dengan secepat mungkin.. Ataupun kita nak ganti RAM yang berkapasiti rendah kepada RAM berkapasiti besar.

Kenapa mesti tukar RAM ?? Sebab komputer anda takkan boleh dihidupkan kalau RAM ni tak berfungsi ..  Kalau RAM kita rosak ataupun tak rapat, komputer akan membunyikan isyarat pelik iaitu "beeppp..." yang panjang dengan kuatnya. Jadi anda kena periksa dulu sama ada RAM tersebut tak rapat pada tempatnya ataupun berkemungkinan besar rosak jika kita dah cuba rapatkan beberapa kali dan masih berbunyi pelik..

Tapi anda mesti ingat !! bukan semua RAM pada PC adalah sama.. Kalau Komputer menggunakan RAM jenis DDR2, Laptop pula menggunakan RAM jenis DDR3...
Misalnya anda beli RAM di mana-mana kedai Komputer, kemudian bila anda pasangkan pada Komputer anda, tiba-tiba tak sama jenis pulak.. Kan dah rugi masa nak tukar balik ( Kalau bernasib baik boleh tukar ).

Jadi, saya sarankan anda untuk cek dahulu jenis RAM yang kita guna sebelum ini dengan Software CPU-Z. Jangan risau, berat Software ni hanya 1.59Mb
Sesetengah RAM memang dah ada pelekat yang menyatakan jenis RAM tersebut, tapi kebanyakkannya juga tiada pelekat..



Bila kita guna CPU-Z, banyak details pasal PC kita ni dapat diketahui !!




Download CPU-Z di sini (1.59Mb)

Mirror Link




Cara nak cek jenis RAM yang kita guna dengan klik pada bar "SPD"
RAM yang saya pakai jenis DDR2.



Kita juga boleh tengok kapasiti RAM kita ni besar mana. Boleh cek pada "Module Size" seperti gambar diatas.. RAM Komputer rumah saya hanya berkapasiti 1Gb, sebab tu saya baru je Beli Online RAM 2Gb di LAZADA...


Download CPU-Z di sini (1.59Mb)

Mirror Link





Langkah Awal Sebelum Tukar / Beli RAM Komputer !! Langkah Awal Sebelum Tukar / Beli RAM Komputer !! Reviewed by Trick DRNet on 4/16/2016 05:07:00 AM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.