First Time Beli RAM Online Di LAZADA !!

Beli RAM di LAZADA



Assalamualaikum...

Buat pertama kalinya saya beli online di LAZADA ni. Walaupun anda dah banyak kali beli kat LAZADA ni, tapi saya ni baru nak berjinak dengan Shopping Online..
Tunggu cukup masa, nak jadi affiliate pulak untuk LAZADA ni.. barulah masyuk duit poket, boleh bayar ptptn nanti. ni perancangan masa akan datang !! InsyaAllah ..

Seperti gambar di atas tu, saya beli kat LAZADA perkakasan / Hardware komputer iaitu RAM Komputer berkapasiti 2Gb.

Kenapa beli RAM ??
Biasalah orang lelaki ni suka main game. Jadi sesetengah Game memerlukan penggunaan proses memori yang besar untuk memainkannya. Kalau tak, memang tak boleh la nak main game ataupun gambar graphic jadi tersekat-sekat.. Graphic tak cantik pun disebabkan Hardware Graphic Card (VGA) kita ni berkapasiti rendah..

Sebenarnya ada trick untuk lajukan RAM tanpa beli pun.. Tapi dah game tu memerlukan minimun 2Gb RAM, tu yang kena tukar tu !!

Contoh Game yang memerlukan RAM besar untuk melancarkan prosesnya adalah PES 2016, DOTA 2, Prototype, Need For Speed, dan spesis dengannya ...



Beli RAM di LAZADA
Saya beli RAM 2Gb ni dan membuat pembayaran melalui Maybank2U.


Kalau nak lebih selamat, buka private browsing untuk beli online ni.. Risiko pun kurang.
Macam mana nak buat Private Browsing ?? Tengok post saya sebelum ni iaitu Selamatkan Password FB Anda Dengan Private Browsing .

Banyak kaedah pembayaran boleh dilakukan untuk beli kat LAZADA seperti melalui Perbankan, Akaun Paypal, VISA, dan yang paling selamat ialah Cash On Delivery iaitu bila pihak LAZADA post barang tu kat alamat kita, masa tu jugak kita bayar.
Kebanyakkan barang boleh Cash Delivery, Tapi RAM ni tak boleh Cash On Delivery ..




Beli RAM di LAZADA


Selesai pembayaran, LAZADA akan check & proses. Kemudian post barang tersebut kurang dari 30 hari, bergantung pada barang yang kita beli...

Harap-harap RAM tu sampai ke alamatnya dengan selamat dan tak rosak ..
Sebelum kita nak beli sesuatu barang tu, cek details banyak kali supaya tidak tersilap..
Kalau tersilap, kita boleh cancel kan balik pembelian tu.
Seperti dalam gambar di atas, klik pada text box "Cancel".

Kalau anda juga berminat untuk beli RAM baru disebabkan RAM lama rosak ataupun kapasitinya terlalu rendah, anda mestilah elakkan daripada tersalah beli RAM. RAM ni ada banyak jenis... Kalau anda taknak tragedi salah beli ini berlaku, jom ketahui lebih lanjut di Langkah Awal Sebelum Tukar / Beli RAM Komputer.



First Time Beli RAM Online Di LAZADA !! First Time Beli RAM Online Di LAZADA !! Reviewed by Trick DRNet on 4/15/2016 04:44:00 AM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.