Payment Ke-12 dan 13 Dari AdF.ly serta Strategi Dapat Banyak Hasil

adfly cashout payment

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama tak update blog ni disebabkan terlalu sibuk dan malas nak menulis, haha... kali ini saya nak bagi bukti pembayaran ataupun cashout daripada AdF.ly yang ke 12 dan 13.
AdF.ly ni memang sangat mudah kalau kita nak jana pendapatan secara online. Tidak semestinya perlu ada blog sendiri kalau kita nak buat duit melalui AdF.ly ni, terdapat banyak cara atau kaedah berkesan untuk buat duit poket melalui AdF.ly ni.

Ramai yang tahu AdF.ly ni ada kita akan dapat komisen apabila kita memendekkan URL dan share kepada pengunjung, dan bila link tersebut di klik ! maka kita akan dapat hasil disitu, tapi taklah terlalu banyak. Jadi, perkara pertama yang kita perlu buat adalah sentiasa share link yang telah dipendekkan setiap hari jika di laman sosial.

Masih Tak Tahu Kelebihan AdF.ly ? Baca Sini Untuk Info Lebih Lanjut..

Dengan menggunakan broadcast, kita akan dapat lebih banyak hasil. Contohnya kita pakai Aplikasi Telegram. Telegram ni paling mudah dan sangat famous dalam share shorten link. Kenapa ? sebab Telegram ada 2 option untuk Group, iaitu Group biasa ataupun Channel. Ia lebih kurang dengan Whatsapp ada 2 option Group, iaitu Group biasa ataupun Broadcast.

Channel dengan Broadcast tidak jauh beza sebab hanya Admin sahaja yang boleh hantar apa-apa informasi atau iklan kedalam group tersebut, jadi user lain yang join channel tersebut hanya dapat melihat dan membuka link apa yang di share oleh Admin.

Jadi kita ambil mudah dengan kerja kita, kita pilih Telegram, sebab Telegram tak perlu nak save nombor telefon  user untuk masukkan dalam Channel. Kalau Whatsapp, kita perlu save nombor user dan user tersebut haruslah menyimpan nombor kita juga, barulah kita boleh masukkan user tersebut dalam group broadcast whatsapp kita. Nampak rumit kan kerja dia.

Berbalik pada Telegram Channel, kita hanya share link channel kita ke rakan-rakan atau orang luar. jika mereka klik join channel, maka secara automatiknya semua notification ataupun pemberitahuan baharu yang kita share dalam Channel tersebut akan sampai kepada mereka yang telah join Channel kita.

Strategi Pemasaran Link:

Baik, masa inilah untuk kita menjana pendapatan secara berterusan. Untuk share link yang berkualiti kita kena ikut trend peredaran zaman. Maksudnya ? sekarang ni zaman kebanyakkan orang sukakan movie dan lebih menarik lagi mereka suka tengok movie secara online atau memuat turun terus. Jadi, kita just copy link movie dan shorten kan serta share ke channel kita.

Pastikan lengkap dengan tajuk Movie serta genre dan pelakon-pelakon nya. Jangan lupa juga tambah gambar movie tu, ini dapat menarik lebih perhatian user dalam channel kita untuk klik link yang kita dah shorten kan tadi. Ingat, link movie pandai-pandai la cari, jangan nak copyright orang lain punya tanpa permission. Dan jangan buat link dead ataupun dengan kata lain fake link, hanya untuk orang klik je tapi tiada isi. Jika link sudah dead, cepat-cepat tukar new link.

Banyak lagi link yang kita boleh share seperti isu semasa, tips-tips berjaya, DIY projek, dan lain-lain..
Baiklah cukup sampai disini tips-tips yang boleh saya kongsikan, sampe ketemu lagi ya !! haha tiba2 indon pulak.. gawat nih.. wkwk.
Yang penting kena rajin share link dan buatlah secara berterusan, InsyaAllah banyak hasilnya nanti..
Macam saya tak buat dah share link kat telegram ni, dulu je. Sebab fokus kerja lain tapi bahaya..(Berus GiGi Harimau) hehehe..

Bawah ni gambar-gambar bukti cashout saya ke 12 dan 13 masuk ke Acc Paypal:-


adf.ly proof paypal



Jangan lupa, bukan sahaja kita boleh pendekkan URL sahaja di AdF.ly ni, ada cara lain untuk gandakan duit kita dengan mudah dan berterusan, klik sini Cara Gandakan Duit AdF.ly

Tengok juga website lain yang boleh menjana pendapatan online seperti AdF.ly di SINI !!

.
.
.
Terima Kasih Berkunjung !!
Payment Ke-12 dan 13 Dari AdF.ly serta Strategi Dapat Banyak Hasil Payment Ke-12 dan 13 Dari AdF.ly serta Strategi Dapat Banyak Hasil Reviewed by Trick DRNet on 11/28/2017 06:27:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. As reported by Stanford Medical, It's indeed the ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh an average of 42 pounds lighter than we do.

    (Just so you know, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and absolutely EVERYTHING to "how" they eat.)

    BTW, What I said is "HOW", not "WHAT"...

    Click this link to uncover if this little questionnaire can help you unlock your true weight loss possibilities

    ReplyDelete

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.