BETUL KE WHATSAPP DIGODAM DAN BOLEH BACA DATA PRIVACY PENGGUNA ?? INI JAWAPANNYA ....
ASSALAMUALAIKUM....
Untuk kali ini aku nak kongsi sikit pasal isu atau kes yang pernah viral di media sosial berkaitan salah faham netizen terhadap developer Whatsapp yang telah diambil alih ataupun dibeli oleh owner merangkap CEO Facebook iaitu Mark Zuckerberg.
Di sebuah platform sosial media, seorang remaja dikatakan memuat naik berita palsu mengenai Whatsapp digodam dan boleh menyimpan atau membaca data privacy pengguna seperti akses pada mesej yang kita dapat OTP untuk Online Banking.
Dengar macam bahaya bukan.. Tapi jangan risau, sebenarnya Whatsapp tidak digodam dan data privacy pengguna tidak diambil sama sekali. Remaja tersebut telah pun memohon maaf secara terbuka di sosial media kerana kesilapan beliau menyebarkan berita palsu tersebut.
Baru-baru ni Whatsapp pula telah menyatakan semula Terma & Privacy Policy kepada semua pengguna supaya mereka faham dan merasa lebih selamat dengan kenyataan tersebut.
Berikut adalah Terma & Privacy Policy daripada Whatsapp :-
Itu saja perkongsian aku untuk kali ini. Jadi korang jangan risau ye, Whatsapp akan menjaga data privacy pengguna. Haritu lepas kes berita palsu tesebar, banyak pengguna bersuara di group Whatsapp supaya beralih ke Aplikasi Chat yang lain, yang dikatakan lebih terjaga privacy dan mudah untuk conversations. Tapi benda tu sekejap je dalam seminggu lebih je, last-last masih ramai yang pakai Whatsapp.. Hahahaha netizen oo netizen. Korang fikir-fikir la ye..
Last but not least, aku tak salahkan sesiapa cuma mungkin benda-benda macam ni ada hikmahnya.. Soryy kalau ada yang terasa ye. Akhir kalam, Assalamualaikum.
#whatsapp #ws #privacypolicy #whatsapphacked #facebook #fb
No comments:
SPAM Comment NOT ALLOWED !!