FREE INTERNET DIGI 2021 !! HIGH-SPEED 1GB DAILY

 


ASSALAMUALAIKUM !!


Baiklah untuk tutorial kali ni aku nak share cara-cara nak tebus atau claim Internet Percuma dari DIGI dengan Internet berkelajuan tinggi tiap hari. Data yang diberikan sama seperti CELCOM iaitu 1GB setiap hari. Kalau korang user Celcom, boleh Klik Sini Untuk Tutorial Claim Free Internet Celcom.

Sebelum ni aku ada bagitau yang trick ni pun sama macam Celcom, korang kena tebus Internet Percuma dari Digi ni SETIAP HARI !! Ingat tu, kalau tak tebus rugi la, siapa nak bagi Internet Free ni kan walaupun 1GB tiap hari.

Tanpa buang masa aku akan ajar step satu per satu cara nak tebus Internet Percuma Digi 1GB Daily ni. Siap step bergambar lagi ye.. Aku dah mudahkan urusan korang, so apa tunggu lagi.. Jom tengok !!



CARA NAK TEBUS INTERNET PERCUMA DIGI 1GB DAILY 



1. Pergi ke Dial Pad HP korang dan Taip *338# dan Call





2. Akan keluar Menu macam ni dan Pilih Free (1GB) Daily dengan taip no 1 dan Send





3. Pilih Melanggan dengan taip no 1 dan Send




4. Digi akan hantar sms pengesahan, dan Internet Free 1GB dah berjaya diaktifkan !!





Korang jugak boleh cek samaada dah dapat belum 1GB free tu dengan pergi ke Aplikasi MyDigi.
Macam aku punya dah habis pakai 1GB tu, itu yang balance tinggal 0 je.. Hahaha



Tamat pembelajaran kita untuk kali ni.. Senang kan step dia, kalau korang nak mudah lagi senang je cara dia.. Just Dial *338*1*1#

Macam biasa, WAJIB KORANG TEBUS 1GB FREE NI SETIAP HARI !!! dan jangan lupa share kat member korang dan family korang, biar semua orang dapat Internet Percuma 1GB ni.

Internet Free ni Digi bagi masa tempoh PKP ye, selagi dia bagi selagi tu la kita boleh tebus tiap hari. Semoga negara Malaysia dan seluruh dunia sembuh daripada wabak-wabak merbahaya dan Corona Virus ni.. Aamiin


PEMBERITAHUAN !!

1GB Free ni High Speed Internet untuk penggunaan basic-basic media sosial ya.. Contohnya seperti Aplikasi Whatsapp, Facebook, Instagram dan lain-lain yang support.

Macam Youtube dan Telegram aku dah cuba, internet slow sebab dia tak makan data 1GB Free kita tu. Dia pakai data basic kita, mungkin tak support untuk penggunaan lain.

Tapi jangan risau, kalau aku ada masa aku akan ajar korang macam mana nak tengok Youtube dengan data Free 1GB tu.. cuma step tu agak susah sikit untuk korang faham kecuali korang dah faham pasal bypass via VPN.





#DigiInternetFree #Free1GB #InternetPercuma #InternetFree #Daily1GB #Freehotspot

#DigiBaik #MalaysiaBaik

FREE INTERNET DIGI 2021 !! HIGH-SPEED 1GB DAILY FREE INTERNET DIGI 2021 !! HIGH-SPEED 1GB DAILY Reviewed by Trick DRNet on 3/12/2021 11:23:00 PM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.