FREE INTERNET FOR CELCOM 2021 !! 1GB DAILY #LIFEHACKS

 


ASSALAMUALAIKUM....


Untuk trick pertama kita kali ini pada tahun 2021 aku nak share kat korang macam mana nak claim INTERNET PERCUMA CELCOM 1GB Tiap Hari.. Sebenarnya ni bukannya trik, tapi cara macam mana anda boleh dapatkan Free Internet yang Celcom bagi kepada semua pengguna.

Sebenarnya memang kerajaan Malaysia mengarahkan semua telco bagi free internet 1GB setiap hari kat semua orang, kita just perlu claim je.. Step dia senang je, benda ni kena claim tiap hari, so korang kena rajin-rajin la claim ye.. Benda free boss, takkan nak abaikan macam tu je. 1GB pun sebenarnya dah banyak untuk penggunaan basic harian kita.. Internet Free ni berkelajuan tinggi tau tak. Rugi oo siapa tak tebus.


TENGOK JUGA TUTORIAL CLAIM 1GB FREE DARI DIGI !!


Kita dah la sekarang tengah musim PKP, so duit kita pun tak berapa banyak nak beli data kan ?? Ape kata kalau kita ringankan tangan sikit untuk tebus Free Internet ni.. Baiklah tanpa panjang membebel, jom kita tengok tutorial ni.. Aku ajar step by step siap ada gambar lagi tau untuk fahamkan korang.


TUTORIAL CLAIM FREE 1GB DAILY CELCOM


1. Pergi ke Dial Pad korang.. Dial *118# dan tekan Call




2. Akan keluar Menu cenggini, So pilih My Account dengan taip no 1 dan klik Send




3. Pilih Free Daily 1GB dengan taip no 7 dan Send



4. Last step, pilih Redeem dengan taip no 1 dan Send



Finally, korang akan dapat sms pengesahan daripada Celcom dan dah berjaya diaktifkan


Senang bukan !! too ez for u all gaiss.. Korang dapat Free 1GB sehingga jam 12 Tengah Malam.

Lepas jam 12 malam, korang harus claim lagi untuk dapat Free 1GB untuk keesokan harinya.

So apa tunggu lagi, jom la claim berjemaah.. Sebarkan kat mak ayah korang sebab kadang-kadang orang dah berumur ni tak berapa tahu sangat pasal gajet-gajet ni. 


PEMBERITAHUAN !!

1GB Free ni High Speed Internet untuk penggunaan basic-basic media sosial ya.. Contohnya seperti Aplikasi Whatsapp, Facebook, Instagram dan lain-lain yang support.

Macam Youtube dan Telegram aku dah cuba, internet slow sebab dia tak makan data 1GB Free kita tu. Dia pakai data basic kita, mungkin tak support untuk penggunaan lain.

Tapi jangan risau, kalau aku ada masa aku akan ajar korang macam mana nak tengok Youtube dengan data Free 1GB tu.. cuma step tu agak susah sikit untuk korang faham kecuali korang dah faham pasal bypass via VPN.

Itu sahaja artikel aku cara claim internet free Celcom.. Sampe Ketemu lagi yaa.. huhu 


#lifehacks #FreeInternet #CelcomFreeInternet #Internet1gbfree #claiminternetfree #caraclaiminternetfree #lifehack #celcombaik #Malaysiabaik

FREE INTERNET FOR CELCOM 2021 !! 1GB DAILY #LIFEHACKS FREE INTERNET FOR CELCOM 2021 !! 1GB DAILY #LIFEHACKS Reviewed by Trick DRNet on 3/11/2021 10:43:00 PM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.