CARA PROTECT WHATSAPP KITA DARI DIGODAM (Two-Step Verification Password)


 

ASSALAMUALAIKUM...


Entri kali ni adalah sambungan dari post aku yang sebelum ini iaitu BETUL KE WHATSAPP DIGODAM ?? 

Whatsapp ni macam dah jadi salah satu benda wajib dalam hidup kita sebenarnya, kenapa aku cakap macam tu ? kalau korang perasan method communication kita untuk berhubung dengan rakan atau keluarga kita mesti gunakan Whatsapp kan ? Video call, Voice Call, Chatting, Grouping, dan macam-macam lagi mesti melalui Whatsapp. So memang tak hairan la kan kenapa hackers sekarang ni banyak nak godam Whatsapp. 


Para-para hacker ni nak curi maklumat peribadi kita untuk keuntungan mereka, contohnya details IC kita, No Kad Visa dan Mastercard kita. Yang memang aku sangat tekankan, TOLONG JANGAN SESEKALI AMBIL GAMBAR KAD BANK KITA !! depan ke belakang ke, korang kena berhati-hati sangat. Kalau nak simpan gambar tu dalam galeri takpe, tapi pastikan korang sorok betul-betul gambar tu, dan jangan sesekali upload gambar Kad ATM kita tu kat mana-mana platform tak kira lah kat Whatsapp ke, Facebook, Twitter, Instagram, Telegram. 


Ramai tak tahu betapa besar risiko bila kita upload dan kongsi fail-fail penting di sosial media. Hackers ni boleh log masuk dalam akaun sosial media kita macam tu je kalau diorang nak. Sebab tu kita kena sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita upload. Tapi korang jangan risau, aku akan tunjuk step macam mana nak lock Whatsapp kita ataupun dipanggil Two-Step Verification.

Benda ni work apabila ada individu lain nak log masuk dalam akaun Whatsapp kita, Whatsapp akan minta Password Verification sebelum membenarkan akses log masuk. So, password tu kita sorang je tahu. Maka terselamat la jugak akaun kita dari hackers ni.


Tapi, kita tak tahu mungkin ada hackers lebih bijak dan boleh log masuk dalam akaun Whatsapp kita tanpa perlu masukkan Password Verification. Tapi kebanyakan hacker ni nak curi data-data orang berada ataupun yang berjawatan besar, so kita jangan risau tapi still kena ambil langkah berjaga-jaga dengan protect akaun kita asalkan kita dah cuba yang terbaik untuk lock akaun.



Baiklah, kat bawah ni aku nak ajar Cara Lock Akaun Whatsapp kita dengan masukkan Password :-



1. Buka Whastapp dan klik titik tiga atas sekali belah kanan. Tekan Settings





2. Dalam menu Settings tu, korang tekan Account





3. Bila dah masuk, korang tekan pada Two-step verification



NAK TOPUP




4. Tekan Enable






5. Lastly, masukkan password korang yang baru dan jangan terlalu simple dan jangan terlalu payah takut nanti korang lupa pulak. Done !!




Aku rasa mungkin ramai dah tahu cara ni, tapi takpe mungkin ada sesetengah orang yang terlepas pandang, so aku tolong share balik cara-cara dia. Senang je kan cara nak jaga akaun Whatsapp kita daripada digodam, pastikan korang ingat password tu ye sebab dalam beberapa hari sekali Whatsapp akan minta kita masukkan password supaya keselamatan kita terjamin dan kita sentiasa ingat password kita.. Itu saja dari aku, Assalamualaikum




#Whatsapphack #lockWhatsapp #twostepverification #hacker # whatsapp

#securewhatsapp #security #protectwhatsapp

CARA PROTECT WHATSAPP KITA DARI DIGODAM (Two-Step Verification Password) CARA PROTECT WHATSAPP KITA DARI DIGODAM (Two-Step Verification Password) Reviewed by Trick DRNet on 3/18/2021 12:35:00 AM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.