Cara Mudah Daftar Vaksin COVID-19 di MySejahtera

 


Assalamualaikum..


Kerajaan dah mengarahkan kita untuk ambil suntikan Vaksin untuk imunisasi Virus Corona ataupun COVID-19 ni. Tapi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang mengendahkan benda ni sebab mereka menganggapnya seolah-olah wabak ni terlalu remeh untuk dipandang serius.


Dan mungkin ada pihak yang nak daftar suntikan Vaksin COVID-19, tapi masih ramai yang tak tahu cara atau dimana untuk mendaftar sebagai penerima Vaksin COVID-19 ni. Kali ni aku nak ajar macam mana korang nak daftar untuk suntikan Vaksin ini dengan cara mudah berpandukan gambar yang telah aku sediakan dibawah.

Benda wajib perlu korang ada adalah Aplikasi MySejahtera yang boleh dimuat turun di App Store ataupun Play Store.



STEP-STEP DAFTAR VAKSIN COVID-19 :-


1. Buka App MySejahtera dan akan muncul paparan seperti gambar diatas, korang just tekan "close" pada bahagian atas sekali macam dalam gambar diatas aku dah tandakan anak panah.




2. Kemudian, korang tekan pada ayat "COVID-19 Vaccination"





3. Klik pada ayat "Vaccine for Sifulan Bin Sifulan"




4. Macam aku dah daftar untuk Vaksin ni, so akan keluar list sebegini. 





5. Untuk korang yang belum daftar lagi akan tampil soalan macam ni, so just tick jawapan yang betul mengikut maklumat sebenar korang.





6. Lastly, anda ON GPS atau LOCATION Phone anda dan untuk soalan terakhir anda just tekan Button GPS macam dalam gambar aku tandakan. Dan klik "Submit"



Done.. senangkan nak daftar untuk suntikan Vaksin COVID-19 ni melalui Aplikasi MySejahtera.

Korang kena tau ye, kita akan disuntik 2 kali untuk Vaksin COVID-19 ni. Tapi dalam tempoh atau hari yang lain-lain , kita akan diberikan tarikh appointment dengan Doktor untuk suntikan kali pertama dan kedua. Jadi tunggu je tarikh tersebut. Tolong share tutorial ni dekat seluruh rakyat Malaysia ye!!

InsyaAllah dengan usaha daripada semua pihak untuk menangani wabak Korona Virus ni dunia kita akan sembuh sepenuhnya walaupun makan tempoh yang lama. Terima Kasih.

 I LOVE MALAYSIA !!




#DaftarVaksin #MySejahtera #Covid19 #coronavaksin #Korona #ILOVEMALAYSIA

Cara Mudah Daftar Vaksin COVID-19 di MySejahtera Cara Mudah Daftar Vaksin COVID-19 di MySejahtera Reviewed by Trick DRNet on 3/24/2021 10:58:00 PM Rating: 5

No comments:

SPAM Comment NOT ALLOWED !!

Powered by Blogger.